Monday, March 9, 2009

bila cina bukit berlagak Jet Li

Semalam yang sepatutnya menjadi hari rehat sedunia untuk aku telah direntap hebat oleh rakan2 sebilik bile aku dipakse mandi dan diheret2 hidup2 ke Midvalley.

huaaaaaaa~~~ time tu even camne pun aku terpekik terlolong terlalak, pompuan2 ayu sekeras kayu itu tetap pakse aku ikut diorang ke tempat sumpahan itu. Alasan aku taknak g Mid sebetul2nya kerana berdasarkan hasil kajian aku terhadap diri sendiri, aku dapati purata aku pegi Mid dalam seminggu adalah seperti berikut:

sekali pegi = wajib muqafafah
2 kali pegi = wajib mutawassyitah
3 kali pegi = wajib muqallazah
lebih dari 3 kali = wajibbalqunnahhhhhhhhh

So secara ringkasnya, purata wajib aku ke Mid adalah 3 kali smggu (tapi lebih) sampaikan aku dah penat and nak muntah tengok Mid. Tapi dalam keadaan sekarang aku rasa Mid yg akan muntah tengok aku turun je dari taxi. So pasni kalo ada brita "Midvalley telah memuntahkan isi kandungan barangan berupa kasut,handbag,baju dan alat2 lain kegilaan wanita", korang jangan terkejut sebab tu mungkin adalah hasil kebencian Mid terhadap aku sebab selalu sangat pegi.

Aku terlalu di'associate'kan dengan Mid sampaikan hari tu masa adik laki aku turun dari Melaka dating dengan gf dia, dia boleh texted aku, "kakak.afiq kat d gardens ni tengah parking keta.kakak katna?mid ka?leh blnja makan". huuuuuuuuuuuuuuu.sentap akak apit oiiiiiiiii.asal mid ja nampak muka kakak je la? ish igt mid tu abah kita yang punya??? (*+*)

So disebabkan kebosanan aku terhadap Mid yang ber'trillion2' ini maka semalam aku amat longlai di sana. Tapi mampu merembat sepasang heels dan jugak sekeping tas tangan merah yang wowwwwwww~~!!

Tapi intipati entry kali ini bukanlah mengenai Midvalley yang macam adik aku afiq cakap, "memang la xmau pun mai mid yg di pinggiran kampung ni, tapi malas nak drive dlm kl sebab jam cam hampeh". (amboi kampung apit cakap mid tu?macam la sungai petani kita urban sangat.hahahaha). Tapi entry ini mainly pasal orang bodoh perasan hebat.

Semalam pas dah penat shopping dan mengisi perut kat mid, kitorang berempat yang dah layu macam sayur bayam kena celur air panas pun melangkah la masuk ke dalam kereta Encik Squad Perodua Era yang baik hati menumpangkan kitorang pulang. Aku yang memang dah lembik masuk2 kete trus diam dan membiarkan wanita2 Asyi and Ezat do the talking, sementara Amnah di depan ayu bertutur bicara bergelak ketawa bersama Mr. Era. haha.

Perjalanan lancar dan trafik dapat ditembusi dengan halus oleh pemandu berhemat. Tapi sebaik tiba di lencongan-U yang merupakan jalan sehala, dari sebalik selekoh tiba2 muncul sebuah van putih ber'driver'kan seorang apek cina muda dari arah bertentangan. Terkejut beruk chimpanzee kitorang yang ada di dalam kereta mase tu. Aku yang malas nak bersuara terus kuar ayat, "shooottt laaaa.bodoh ke ape?die ingat ni action movie ke?ingat die tu Jet Li ke nak bawak van cam dalam cite action cina.eeeeeeeii.bengonng laaaaaaaa". maka dengan itu penuh lah sumpah seranah dan caci maki dilemparkan kepada pemandu cina bukit itu sepanjang perjalanan pulang. Yang best nya driver tu boleh slamber syok confident je drive dari arah bertentangan time kete tengah banyak. Tak tahannye siap beam light plak tu kat kitorang. Dah la tuuu, extra bodoh nye dia boleh drive kat lane tengah. Ish laaaaaa. Sumpah aku rase driver tu tengah berangan jadi Jet Li. Mesti masa kecik dulu dia ade cita2 nak jadi pelakon action tapi sebab industri perfileman Malaysia amat lembab dan orang cina kat Malaysia busy buat business, so dia takde luck nak jadi pelakon. Tapi sampai saat ni aku masih tertanya2, dari manakah datangnya kebodohan dan kegilaan yang meresapi sel-sel otak dan badan pemuda itu sampaikan dia berani buat aksi bodoh itu di hari2 minggu? Sama-sama lah kita renungkan. heheheheh =p