Friday, March 27, 2009

aku memang gelabah

Suatu masa dulu...

2006.

Menda paling kurang aku gemar sepanjang hidup: bangun awal pagi dan bersiap ke kelas. Dengan sisa ngantuk yang memang takkan pupus sampai bila-bila, aku seret badan untuk shower dan dengan mata kuyu yang selayaknya disokong dengan pencungkil gigi untuk mencelikkannya, aku sarung baju kurung ala2 gadis decent. Aku tarik kerusi lalu duduk menghadap cermin. Dengan muka tak ikhlas, aku belek2 muka dan korek2 mata.

Aku bukak container putih tempat simpanan contact lense jernih aku.

Dalam keadaan separa mengantuk, aku koyak mata luas2.

Anak mata hitam ....checked, sihat. Tapi.... ada garisan halus di lingkaran mata. Aku sapu2 dalam mata.

Gosh!!!! Contact lense terlekat dalam mata.

Gosh!!! Aku terlupa buang contact lense malam semalam.

Sumpah aku gelabah~ sumpah aku cuak time tu. Pagi2 lagi aku dah terlalak terpekik mengejutkan budak2 bilik sebelah yang berniat ponteng class.

"Hua~~~~aku terlupa buang contact lense smlm. cmne ni weyhhhh!!! takleh bukak!!!". Sambil jari telunjuk aku menguis2 dalam mata. Tapi ternyata tiada tanda garisan itu akan terkopek.

Aku angkat kaki duduk melutut ala-ala Ju-On atas kerusi. Seluruh badan aku shaking dengan tidak sekata. Air mata hampir jatuh. "Wei camne ni? Aku nak g hospital. Aku nak suruh doktor tolong buang contact lense aku. Camne ni. Camne kalau kena bedah? Camne kalau contact lense ni terus terlekat tak boleh bukak? Aku taknak buta~~".

Sumpah aku dah saiko masa tu. Kawan2 aku sumer dah gelabah. Satu rumah dah kumpul dalam bilik aku. Syira n Nita siap offer nak teman aku g hospital. Amnah yang tengah nyenyak tido di bilik opposite terkejut bangun bila dengar kecoh2 dan terus datang comfort kan aku. Jannah dari bilik depan cuba tenangkan aku dan tengok2 atas meja aku.

Tiba-tiba Jannah cakap, "Fath. Ni contact lense Fath dalam bekas ni ape? Meh Jan tengok mata Fath betul2".

Eeeeeeeeeeeiiiiiiiii~~~ sumpah aku malu bila Jan cakap, "La...ni mana ada contact lense pun dalam mata. Line ni urat mata la". Aku macam tak percaya. Dengan tangan terketar2 aku koyak mata luas2 dan usha betul2. Kawan2 lain pun ikut sama tengokkan mata aku. Semua orang yakinkan aku yang memang takde apa2 dalam mata aku.

Shoot!!! Aku memang paranoid. Tu semua akibat leteran mak aku yang masa tu kerja nurse di ward mata. Aku paranoid dengan cerita ramai gadis remaja hampir buta kerana contact lense. Tapi yang pasti, pagi itu, kebengongan aku telah buat semua orang gelabah sama. Sampai hari ni cerita tu masih menjadi first raking untuk dijadikan bahan gelakkan aku. Eeeeeeiii~~~ apsal la aku boley gelabah sampai jadi drama queen? =p

Kini...

2009. 26th March.

Sumpah aku mengantuk. Akibat tak cukup tido malam semalam, aku memang wajib tido siang tadi. Even aku tak suka tido siang tapi siang tadi sumpah hukum tido siang ke atas aku adalah wajib. hehehe.

Dengan preparation lengkap mau tido, aku korek mata keluarkan contact lense kanan.

Pup~~~ terjatuh. Tapi aku cool je.

Aku bukak contact lense kiri dan masukkan dalam bekas.

Aku mulakan proses pencarian.

Eh? Mana hilang? Dah separuh lantai aku cari tapi tak jumpa. Aku belek2 loker tak jugak ada. Memang confirm la xkan ada dalam loker sbb bukan aku sumbat muka aku dalam loker pun tadi.

Aku raba2 badan takut kalau2 terlekat kat baju. Takde jugak.

"Ezat~~~leh tak tolong on lampu jap? contact lense aku jatuh la".

Pas on lampu Ezat pun datang cari sama.

Tak jugak jumpa.

Aku dah gelabah.

"Eh... pelik la. takkan ilang kot. mana eh? ish eran ni eran". Sambil tu jari aku teraba2 badan sendiri kalau2 terlekat atas badan.

Tiba2 aku nampak kilauan cahaya atas kuku jari tangan aku.

"Uik? ni apa plak atas kuku ni? eh~~~contact lense aku terjatuh atas jari lekat kat kuku la. hehehehe". Sambil buat muka2 blur yang langsung tak comel aku cover malu depan Ezat.

Time-time tu jugak Ezat, "Eeeeeiii~~~awak ni kan Fath. Sama la mcm kes contact lense awak dulu abis kecoh satu umah. Nasib kali ni satu bilik je".

Hahahaha~~~sowey laaaa...aku memang gelabah la... Takleh nak tolong lagi dah =p

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku bukan setakat gelabah when it comes to contact lense. Baru-baru ni:

2009, 21st March.

Awal-awal pagi Sufi text aku: "Fath, mlm ni confirm eh bus kul 12? Tunggu kat mana?".

Aku pun call abah: "Abah. bus kakak kul 12 kan? tiket ada kat abah kan?".

Abah aku: "Eh? bukan abah dah bagi kat kakak ke aritu masa g makan?".

Mak aku yang masa tu ada dengan ayah aku kat umah kenduri dari belakang mencelah: "Haaaa~~~abah dah bagi dah ritu".

Aku lak yang masih blur di pagi hari: "Mana ada. kakak tak amik pun. takdak pun kat kakak".

Abah aku yang cool: "takpa2 rilex. ada nya. takkan la ilang kot. nanti abah balik cari".

Dengan kelajuan super saiya level ke-3, abah sampai umah. Aku pulak dalam masa menunggu menjalankan kewajipan aku mencari sama. Aku korek2 purse guess kulit buaya aku yang telah ternoda dengan kesan calaran tegar dan hamburkan segala resit2 yang ada. Aku buang sebahagian resit yang aku rasa tak perlu di usha kembali kalau setakat barangan runcit tapi aku simpan resit2 baju dan kasut dengan alasan mahu menganalisa jumlah kerugian bulanan.

Abah aku sampai umah terus masuk bilik cari tiket. Tiba2 abah muncul dalam bilik aku: "Eh kakak. memang takdak la kat abah tiket tu. abah memang dah bagi".

Aku yang masih mahu menang: "Tak~~abah tak bagi. tiket tu pun kakak tak penah tengok".

Sambil bercakap mata abah meliar atas dressing table tempat longgokan resit2 shopping.

Abah: "ni apa? bukan tiket ka? laaaaaaa. ada atas meja ni pun tak nampak ka?".

Aku yang memang blur tahap cipan mengandung 9 bulan, "Eh? tiket ka? ingatkan resit apa2".

Huaaaa~~~ sumpah aku nampak muka abah tahan geram time tu. Tapi haruslah takde apa2 yang hinggap atas pipi atau kata2 yang menyakitkan hati, sebab aku tau abah takkan sampai ati nk lukakan anak dia yang kurang upaya ini. hahahahahahhaha =p

p/s: sekarang ni tiap2 kali aku bukak je mulut, "wei~~~mana aku nye (apa-apa barang) eh??". Mesti Asyi dan dan sound, "ang cari dulu aaaaa. jangan cari ngn mulut". hahahahah. kesian okes aku asyik kena marah ngn Asyi. Aku rasa la kan aku kena pasang handphone kat sume menda2 aku la so bila ilang leh miskol. hehehehehe =p


14 comments:

Elsa Soraya Othman said...

hahahhaha. scarynye cite pakai contact lense tuh. tapi memang betul kan, if lupe buang boleh tinggal deep impact kat mata (kata kata dari orang yang tak pernah pakai contact lense seumur idop, ha ha)

moi said...

just wear the glasses la babe. u can join me as "mak-nenek" then. hehe. ;p

fathiah zulkafli said...

i wear both.but glasses mase kt umh je.i dah la x santek lagi la tak santek if bermata 4.hehe

Syira Zawawi said...

kalo ko gelabah ala2 red alert pasni
sumpah aku dh nk wt bodo
bia mmpus ctu!
hahahhahaha

fathiah zulkafli said...

elehhhhhh~~aku tau ko xkan sampai ati nk wat bodo kat aku.ko kan sayang banget sama aku.kan asyi kan kan~~~heheheh =p

The Rhymeweaver said...

omg this entry is so hilarious sbb ada superlatives & exaggerations yg kelakar giler hahahaha. maybe kena pasang GPS kot instead of cellphones

Cheers
RW
www.rhymeweaver.blogspot.com

ibnulazim said...

mata anugerah xternilai..
jagalah elok2..
xdapat ditukar ganti..
pakailah glasses..
walaup jd kureng ayu sket2..

nasihat daripada,
pegguna glasses tegar.

fathiah zulkafli said...

the rhymeweaver: hahahaha.exaggerating giler kan cite ni.tp i myself la yg over.suke nak kalut2.selalu je gelabah tak tentu pasal.tah hape2 laaaa.a'aaa.btul2.psg gps je la kn?hurmmm..i wonder how much it cost to set up gps to most of my stuffs.leh ke?sape nk tlg invent kan technology utk pemasangan gps di contact lense?kena cari someone genius ni.hehe =p

ibnulazim:hurm..yea..i've got d same advice for several times.wait till i gain enough confidence =)

sam said...

patayot gelabah gelabot..

nOoRoLe said...

weh. pasai tiket tu sama la hg gn aku. aku siap p buang dlm tong sampah. pastu bsg satu umah kata abah aku xbg. budus. 2 kali plk tu jd. last2 kena p nangih dkt pakcik bus sumpah aku bli tiket bus tu. huhuuhu....

since that day, abah aku xnah bg tiket smp la nak naik tangga bus.. skg laki aku pon wat benda yg sm..

aku mmg org yg suka freak out. bongek bongek!!!!

fathiah zulkafli said...

huuuuu.lebih kurang la!maybe sbb tula kita leh jd kwn.sebab dua2 sama2 mengong.tapi ang lagi pandai la,jadi dentist.so x bengong sgt.hhehehe =p
best la ada org jaga suma.aku jaga sendiri ja apa2 pun.takpa2.aku independent.hehehhehe =p

hunny said...

ahaha..fath, hani nmpak 1 bnde kt cni which is smue bnde2 glabah ni happened ble fath ngntuk a.k.a x ckup tdo. hikhik..tp i wonder la how u korek2 mata utk amek cntct lens yg knun2 tlekat kt mata tu.hahaha..

scary meh..;p

nOoRoLe said...

aku sgt dependent now.. bad bad bad

fathiah zulkafli said...

hunny: huhuhuuhuhuh.fath mmg la ngntuk dh suke tido lmbt.pastu g class "segar" la sgt kan~~rase cm nk je sorong bantal bwk g lecture.hehhe =p
tulaaaa.scary wooooo time tu.fath dh imagine mata kne korek ngn mende cm tweezer yg kt ospital tu.huaaa!!!nasib baik la x jd kasim slmt kn.alhamdulillahhhh~~ =p

fahizha: yea ka dependent ka?bagus2.pasni kot2 la jadi mak budak pulak kan.so kena la dependent.hehehe.bila nk dpt baby ni wei...aku nk chup jd mummy angkat.kuikuikui =p